Khamis, 30 Disember 2010

TUHAN MENGAJAR AKU BERCINTA



aduhai...
betapa berhikmahnya engkau wahai kekasih agung
sekali sekala ujian datang menyapa
aku kesakitan didalam dunia percintaan
namun
bila akhirnya
ku renung-renung hikmahnya
sungguh indah dan bahagia
benarlah..
gagal dalam bercinta kerana masih ada yang lebih sempurna buatmu..

kenapa agaknya tuhan gagalkan kita di dalam percintaan ini..
suami isteri mengalami perceraian
ikatan pertunangan putus di tengah jalan
dunia percintaan hilang serinya dan akhirnya berpisahlah dua jiwa

akhirnya bila tuhan berbicara
hambanya hanya terkedu diam tanpa bahasa
begitulah kerja tuhan
hendak memberi bahagia
perlu mendidik dengan rasa kecewa

kecewa itu ada maksudnya
agar kita merenungi semula 
apa yang sudah berlaku semasa kita hanyut di dalam percintaan..
hanyut itu bermakna berdosa dan lalai di dalam sungai maksiat
yang benar2 allah benci dan tidak suka

begitulah akhirnya
demi keselamatan hamba-hambanya
di turunkan sebab untuk kita berhenti membuat dosa dan melalaikan dari mengingati allah

aku kini mulai faham..
di dalam satu-satu perhubungan itu
bilamana tuhan sudah tidak di ambil kira
dosa sudah menjadi kebiasaan
maksiat sudah di relakan
akhirnya ia akan berkesudahan dengan kekecewaan

dan pastinya tuhan mendidik melalui kecewa
betapa perihnya sakit kecewa itu
betapa sakitnya kecewa itu
betapa kita tidak termampu menangungnya
bilamana diri kita sudah tidak mengambil tuhan sebagai rujukan di dalam percintaan..

betapa besarnya peranan tuhan di dalam percintaan
allah mengizinkan percintaan berlaku
untuk manusia mencintai tuhannya
untuk manusia merasa tuhan itu maha pengasih dan penyayang
untuk mejadikan tuhan itu sebagai cinta agungnya

namun
bila dosa dan maksiat menjadi tuhannya
pastilah kecewa dan sengsara di akhir perjalanannya

bersyukurlah 
kerana kecewa di awal perjalanan cinta
kerana masih ada maksud keselamatan dari allah untuk kita
allah menegur kita dari berbuat dosa
dan membetulkan landasan perjalanan dunia percintaan kita

belajarlah dari kekecewaan ini
janganlah di ulang pada perjalanannya yang asal
berubah lah hala tujunya
menuju redha tuhannya
menuju kasih tuhannya
menuju sayang tuhannya
menuju cinta agung tuhannya

kerana bila kau masih melalui jalan yang lama
percayalah di hujung itu tiada bahagia buat mu

peliharalah cinta mu selepas hadiah kekecewaan ini
kerana maksudnya sangat menyelamatkan
malah jalannya sangat menenangkan
kerana itulah jalan yang allah redha kita lalui
sepanjang percintaan yang baru ini

jangan bermula dengan perjalanan yang lama
rintislah dunia cinta yang baru
yang lebih indah
bila allah menjadi sumber rujukannya

tiada bahagianya hidup ini
bila jalannya penuh dosa dan noda
tiada indahnya hidup ini
andai allah sudah dilupakan

janganlah akhirnya
kita kecewa di dunia
lebih-lebih di akhirat kelak..
kita di seksa dan terseksa
hasil dari percintaan ini...




p/s; cinta itu tenang dan meyakinkan..susahnya bahagia,senangnya juga bahagia..kembalilah pada allah..sumber kasih sayang yang sebenarnya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan