Selasa, 28 Disember 2010

Kita dan mereka...

APA nak jadi? Apa perasaan kita! Dan bagaimana sikap kita?Apabila terjadi di rumah kita, tiang-tiang rumah sudah dimakan bubuk, lantai telah reput, atap berlubang-lubang.
Ditambah pula dinding, alang-alang dan kasau telah rapuh. Lantai dipijak sini terjungkit di sana, pijak di sana terjungkit di sini. Disisip atap, berguguran pula yang di tempat lain. Ditupang tiang, retak pula alang-alang. Disulam lantai, bertaburan benda-benda lain.

Begitulah seterusnya, dibaiki di satu aspek, merosakkan aspek yang lain. Makin dibetulkan rumah, makin bertambah masalah. Masalah yang ada tidak selesai, timbul masalah yang lain.
Begitulah negara kita hari ini, apa nak jadi?bagaimana perasaan kita?

Apabila berlaku masalah, bila hendak dibaiki, lahir masalah lain, lahir suatu yang negatif. Setelah ditangani yang ada tidak selesai, timbul negatif yang lain.
Satu gejala masyarakat difikirkan, timbul gejala yang lain. Gejala demi gejala timbul, tidak perlu gejala itu disebut, semua orang tahu. Mengenai ekonomi, politik, masyarakat,  pendidikan, kesihatan.

Ibarat mengubat pesakit, makin banyak makan ubat ,semakin banyak penyakit yang lahir. Bermacam-macam kaedah yang diberi, makin menyusahkan pesakit. Sekarang penyakit pesakit telah kronik, doktor telah pusing kepala, buntu fikiran, habis ikhtiar.
Begitu kita rakyat Malaysia. Kita di dalam ketakutan, kebimbangan, resah gelisah, susah. Setiap hari timbul gejala yang menakutkan. Makin banyak memikirkannya, makin menjadi-jadi gejala timbul..

Apa nak jadi? Bagaimana kita sekarang?
Apalagi sikap kita?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan