Khamis, 30 Disember 2010
penyakit jiwa
bila kecewa melanda jiwa..
kadang-kadang bahasanya juga seakan mengancam dan mengugut..
itulah yang sering terjadi didalam perjuangan..
bila jiwa lemah dan tidak pandai menongkah arus dan mengemudi kapal perjuangan dengan bijak dan berhikmah.
perjuangan sikap
kalaulah kita yakin perjalanan ini adalah satu perjuangan,
jangan di soalkan sikap manusia,
kerana sememangnya ujian dalam perjuangan ini adalah sikap manusia.
besarkanlah hati dan jiwa dalam perjuangan,
sekalipun berhadapan dengan sikap manusia,
kerana pandai bersangka baik dan berhikmah itu buktinya jiwa kita subur dalam perjalanan ini..
R n R dengan UJIAN
ujian yang datang dalam perjalanan ini
membolehkan kita berhenti rehat sebentar dan
menilai semula perjalanan ini,agar kita bisa
merancang semula dan perbaiki mana yang lemah
dan kurang..agar perjalanan selepas ini lebih
baik dan berhikmah..bukan untuk berputus asa
dan kecewa..
kata2 fikir
setiap manusia pandai berkata-kata,namun jarang yang pandai berfikir.
ramai manusia pandai mencari masalah ,tapi tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikannya...
baca fikir
ada sorang kawan tu..
dia berpesan,bilangnya..
" kalau banyak membaca,jangan lupa juga untuk
banyak berfikir, ada orang tahu membaca,tapi lupa
berfikir.."
- setuju sangat2... (^^,)V
sempurna
ia memang tidak sempurna,
penuh dengan cacat celanya,
namun,
berilah ruang dan peluang di atas rasa kesyukuranmu,
kerana apa yang berlaku,
ia terjadi dengan kudrat yang serba kekurangan,
dan pastinya ia lahir dari tangan-tangan kelemahan.
pastinya doamu yang baik-baik,bisa menguatkannya..
seindah janji-janji allah di dalam perjalanan ini..
ruangan kesusahan
di peluang pada ruang kesusahan ini,
aku bisa belajar untuk memperbaiki diri,
menghalusi rasa diri,
meraih rasa syukur dan insaf..
memang,
menjadi baik dan menjalani hidup ini
serta mempersembahkan hidup ini sebagai satu ibadah,
tidak mudah,sangat susah,dan terlalu tercabar dengan
dunia kehidupan,
apa kudratku,ku perat dan kerah,moga-moga di
hujungnya...
aku khusyuk sujud berteleku di kaki rahmat dan
redhamu..
tanganku pendek
maafkanku teman..
kadang-kadang...
tangank
u pendek..
tak tercapai ke tanganmu,
sepertimana harapanmu..
adakalanya,
kita perlu belajar untuk memahami akan kelemahan
seorang teman..
kerana manusia itu selalunya tidak seperti yang kita
sangkakan..
namun,
hatiku masih disitu mendoakan agar semuanya
baik-baik saja..
ya..moga baik-baik saja.
hadapinya..
Kalau engkau takut sekiranya ia berlaku..
ia akan membuatkan anda lebih berfikir
bagaimana untuk menyelesaikannya..
Bukan mengelaknya..
mengahadapi untuk mengetahui
di sana ada nilai ilmu
yang kelak
pastinya membuatkan kau lebih bijak dari hari
kau mengalaminya
yang bukan TUAN..
sesungguhnya
di sisi ALLAH
kita hanya memegang darjat HAMBA..
kalaulah kita pandai memahami diri kita
apa kata kalau kita buat sungguh2 kerja2 hamba ini..
agar,
kita dapat besarkan TUAN kita selayak2nya
tanpa ada yang lebih besar di hati kita selain Dia.
raihlah peluang seluas2nya
untuk menjadi hamba yang benar2 disayanginya
dengan cara kita urus harta2nya mengikut
kemahuannya.
sungguh tidak beradab bila kita mengaku hartanya
milik kita,
sedangkan kita hanya hambanya..
serabut
resahnya di balut kegelisahan...
hatinya juga kecamuk dalm berbahasa
jauh tidak berjarak..
dekat tidak merasa
hanya ingin lari
namun tidak di anugerahkan kaki
dan kudung ini
hanya hiasan perasaan
dan resah itu
belum hilang
malah tidak mahu pergi
Langgan:
Catatan (Atom)