Rabu, 13 April 2011

orang yang baik-baik




allah sayang sgt dengan orang yang baik-baik ni...


lagi-lagilah orang yang baru nak jadi baik,,allah lagi 

rindu-rinduan dengan mereka...


bayangkan allah rindukan rintihan2 penyesalan diatas 

dosa2 kita selama ini..


bestnya..maha suci allahku..


mungkinkah ini ertinya cintai-mencintai antara hamba 

dengan tuannya?..


aduh....

kau la pencinta agung..

cinta engkau terlalu mahalnya..


berlinang air mata hati...

tuhan..naungi hati insani



tuhan..

naungi hati insan2 ini..

mereka mencari-cari cintamu..

dalam mereka tersiksa dan menderita..

tuhan ..

naungilah perasan mereka.....

mereka ketandusan kasih...

mereka semakin tidak upaya..

payungilah awan akan hati mereka...

agar ketemu apa yang dirindu..

aku sayu meski aku juga begitu...






semuanya baik-baik saja..







ALHAMDULILLAH..


terima kasih wahai allah..


kerana merezekikan kami kehidupan yang baik2..segalanya baik..




sekalipun didalam ujian..ujian itu juga baik..


sekalipun dalam kesusahan..kesusahan itu juga baik..


dan segala yang kau takdirkan itu adalah kerana kebaikan..




hanya pada mereka yang ingin lari dari mu sahaja yang berasa susah dan teruji..




engkaulah yang berkehendak..




terimalah kami,dan sayangilah kami..


dalam redhamu..

kekuatan..







"Kekuatan dari Allah.Memintalah selalu..Kalau perlu 




dalam Rintihan..Kenapa harus malu? DIAkan pemilik 






setiap hati2 hamba2Nya..."

raihlah cintaku..




merinduimu..

mencintaimu..

seolah-olah memaksaku untuk segera kembali    
 
 pulang bertemu denganmu..

namun,

hatiku cukup malu..

kerana belum punya apa-apa hadiah yang boleh ku   

  persembahkan buatmu..

sebagai mahar cinta..

dan jiwaku kembali resah..

hati yang gundah-gulana..

jiwa yang sengsara..

meredhai lenangan air mata kasih..

oohh..kekasih hati setiap perindu ketenangan...

ku merayu..raihlah cintaku..cintaku..








penat..letih...lesu...




rasanya minda ini akan tidak berkerja dalam beberapa 

      waktu...

kerana hatinya sedang di rawat...

akalnya juga sudah tumpul dari kerja berfikir..

kerana itu..

emosinya sangat tidak ketentuan..

semoga rohnya cepat kembali sihat..

hati juga semakin tenang...

allah hu rabbi..







June 12 at 11:08pm ·



dalam lesu perjalanan..



 
dalam kelesuan perjalanan,

ku terjaga dari lena..

dan kerana adanya kamu dalam doaku..

dan kerana adanya amanah yang harus ku pikul...

aku bingung seketika..

berfikir di saat embun jantan semakin berat dihujung 

  dedaunan..

ya allah..

aku mohon..

aku pohon..

ringankan beban pikulku,

tenangkan juga resah hati ku...








bila sudah tidak di cintai...




jangan bersedih hati bila kau kehilangan satu-satu cinta,

kerana kau kehilangan semasa kau masih mencintainya,

tapi awasilah bila sudah tiada lagi orang yang mencintai 

satu-satunya dirimu.. 

kerana ia bermakna..kau sudah tidak layak untuk 

dicintai..



semua ada ertinya...




" sebelum anda menolak...

      cuba fikirkan sekiranya anda yang memberi..."

 
kerana disebalik pemberian ada satu harapan dan 

doa..

manakala disebalik tolakan....

anda bisa memikirkannya sendiri.....


TUHAN LAYANI HATIKU...



bergenang air mata..

mengingati yang sudah..

tuhan layani hatiku..

ia salju penyejuk kisah..

dan aku masih kaya dengan kasih..

untuk ku hadiahkan pada mereka..

cuma cintaku..

tiada siapa yang tahu..

tuhan layani hatiku..

tidur dengan selimut doa-doa..

dalam munajat-munajat mujahadah kasih..

aku merindui hadiahmu padaku..

aku kembara kasih..

nun di sana..

di hujung perdu hatimu..

tuhan masih melayani hatiku..

syukur..




June 9 at 11:27pm ·  ·